">

Tuesday, August 25, 2009

salam & salam sejahtera..hari ini dlm sejarah.

Sudah lama rasanya sy tidak masuk ke dlm blog ini..mungkin kerana tujuan blog ini utk asgmnt jadi keinginan utk memasuki blog sudah tidak ada kerana selepas asgmnt selesai. Utk pengetahuan rakan-rakan sy sudah pergi EPRD utk mendapatkan kelulusan dari JPM untuk porposal sy..huhuhu.tunggu kelulusan dan selepas itu sy boleh pergi ke sekolah utk penyelidikan..PRS..miSs u a lot.hahaha.

Thursday, March 26, 2009

PERANAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)


salam dan salam sejahtera..kenapa saya pilih tajuk ini dalam porposal..PRS?

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) boleh membantu untuk meningkatkan lagi keberkesanan program bimbingan di sekolah. Pembimbing Rakan Sebaya merupakan satu tenaga positif untuk membolehkan program bimbingan mencakupi kelompok pelajar-pelajar yang mungkin sukar didampingi oleh guru bimbingan dan kaunseling atau guru-guru lain. PRS ini merupakan khidmat sokongan kepada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

Golongan remaja boleh berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai masalah atau hal yang mengganggu mereka, dengan lebih mudah dan lebih berkesan lagi. Di tiap-tiap sekolah memang wujud sekumpulan kecil pelajar yang tidak boleh menerima dan membina perhubungan dengan orang dewasa dan pihak berkuasa sekolah. Pengaruh rakan sebaya dapat mempengaruhi golongan remaja ini. Oleh itu, dengan latihan dan asuhan yang sesuai, Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah diwujudkan di sekolah. Nama-nama lain yang mempunyai sama konsep dengan PRS ialah Kaunselor Sebaya, Tutor Sebaya, Mentor Sebaya, Buddy, Kakak/Abang Angkat atau Kelompok Sebaya Sokongan.

betapa pentingnya PRS bagi guru kaunseling..huhu.

Kasih Day..

Monday, February 23, 2009

salam & salam sejahtera SEMESTI..

Hai..baru2 ni sy ada pergi program di Sek. Men Sains teluk Intan. Tugas sy menjadi fasilitator..best sgt2 g sana. Enjoy...ni ada gambar utk budak2 SEMESTI..mana berkenan ambil la..huhu.
Ops buat masa ni saya dapat masukkan video je..gambar sukar untuk diuploadkan...

Saturday, February 14, 2009

TEKNIK MENGINGAT DENGAN BERKESAN.

Ulangkaji yang berkesan hendaklah dilakukan SEAWAL MUNGKIN. JANGAN MENANGGUH hingga ke saat peperiksaan

#1 # Baca buku atau nota
-Nota yang dibaca jangan terlalu panjang
-Hadkan kepada perkara yang mampu kamu ingat sahaja

#2 #Fahami apa yang dibaca
-Jika tidak faham nota yang dibaca, ulangi hingga faham
-Jika perlu, ulangi hingga beberapa kali

#3 #Tutup mula
-Ingat semula apa yang kamu baca dan faham daripada pembacaan
-Bina soalan tentang perkara yang kamu baca
-Jika tidak ingat dan tidak dapat menjawab soalan yang dibina, buka semula buku dan ulangi pembacaan
-Jika ingat dan dapat menjawab , terus ke Teknik 4

#4#Baca semula nota
- Baca mengikut teknik-teknik di atas sebelum membaca nota seterusnya

* Bagi yg muslim..
*Selawat Untuk Mudah Ingat Dan Payah Lupa

Kaunseling Silang Budaya?

Salam..
Hai, hari ini byk aktiviti yg sy lakukan. Pada waktu pagi tadi sy bersama rakan2 menemuramah dua org pelajar cina berkaitan isu silang budaya. Banyak info yg kami dapat tentang buday dalam kehidupan masyarakat cina. Tentang agama, kepercayaan, tradisi dan macam2 lagi. Ini memudahkan sy memahami masyarat yg kedua terbesar di Malaysia ini. Yang sy ini sentuh di sini bukan budaya cina, tetapi berkenaan isu kaunseling di sekolah. Daripada temu bual tersebut, sy dapat mereka mempunyai pandangan yg sgt positif terhadap bidang kaunseling. Sejak dari bangku sekolah lg mereka terlibat dengan PRS, mengikuti pelbagai program yg bermanafaat. Jadi sy dapat rasakan kejayaan mereka bukan sahaja dari rajin belajar tetapi mempunyai kesedaran terhadap kesihatan mental juga. Jadi tidak hairanlah mengapa mereka mendapat kecemerlangan dalam akademik..

Mm pada waktu malam pula sy pergi ke KAB iaitu salah sebuah kolej di UPSI. Di kolej membuat hari tebuka yg bermula pada semalam lg dan habis pd 22 hb ini. Masa sy pergi tadi sedang berlangsung pertandingan nasyid dan sy juga dapat lihat bukan pelajar Islam shj yg melihat melihat pertandingan tersebut tetapi pelajar non muslim juga ada seperti cina, india dan etnik Sabah danSarawak. Hal ini menunjukkan proses silang budaya juga boleh berlaku pada masa ini, cuma kita shj yg tidak perasan. Ini menunjukkan tanpa kita sedari, kita telah belajar sesuatu budaya tanpa kita sedari.. Jadi jgn malu untuk belajar budaya lain, malahan ia merupakan perkara yg MENARIK!!!

Thursday, February 12, 2009

My new Hoby..( ^_^ )..

Hai..hari ni mudah betul nak add gambar..selalunya punya la payah..jadi byk la gambar yang dapat saya add. Ha..ni gambar tgh belajar nak main gitar..baru je dapat main dua lagu..tu pun kadang dah lupa. Maklumlah, belajar time boring je..sy suka nak belajar pun pasal duk tgk member asyik main..lama nak try.hihi.walaupun sy mudah belajar tapi mudah tapi usaha xberterusan..sebab minat datang pada waktu tertentu sahaja. Jadi payah la nak jadi yang pakar..huhu. Apa2 pun main gitar ni best juga...mula2 pedih juga tangan nak memetiknya..sapa2 nak belajar main gitar boleh masuk blog robin ya..tanya la dia.my sifu..hi3.

Kaunseling Oh.. Kaunseling

Kaunseling Oh.. Kaunseling