">

Saturday, February 14, 2009

Kaunseling Silang Budaya?

Salam..
Hai, hari ini byk aktiviti yg sy lakukan. Pada waktu pagi tadi sy bersama rakan2 menemuramah dua org pelajar cina berkaitan isu silang budaya. Banyak info yg kami dapat tentang buday dalam kehidupan masyarakat cina. Tentang agama, kepercayaan, tradisi dan macam2 lagi. Ini memudahkan sy memahami masyarat yg kedua terbesar di Malaysia ini. Yang sy ini sentuh di sini bukan budaya cina, tetapi berkenaan isu kaunseling di sekolah. Daripada temu bual tersebut, sy dapat mereka mempunyai pandangan yg sgt positif terhadap bidang kaunseling. Sejak dari bangku sekolah lg mereka terlibat dengan PRS, mengikuti pelbagai program yg bermanafaat. Jadi sy dapat rasakan kejayaan mereka bukan sahaja dari rajin belajar tetapi mempunyai kesedaran terhadap kesihatan mental juga. Jadi tidak hairanlah mengapa mereka mendapat kecemerlangan dalam akademik..

Mm pada waktu malam pula sy pergi ke KAB iaitu salah sebuah kolej di UPSI. Di kolej membuat hari tebuka yg bermula pada semalam lg dan habis pd 22 hb ini. Masa sy pergi tadi sedang berlangsung pertandingan nasyid dan sy juga dapat lihat bukan pelajar Islam shj yg melihat melihat pertandingan tersebut tetapi pelajar non muslim juga ada seperti cina, india dan etnik Sabah danSarawak. Hal ini menunjukkan proses silang budaya juga boleh berlaku pada masa ini, cuma kita shj yg tidak perasan. Ini menunjukkan tanpa kita sedari, kita telah belajar sesuatu budaya tanpa kita sedari.. Jadi jgn malu untuk belajar budaya lain, malahan ia merupakan perkara yg MENARIK!!!

No comments:

Post a Comment

Kaunseling Oh.. Kaunseling

Kaunseling Oh.. Kaunseling