">

Tuesday, August 25, 2009

salam & salam sejahtera..hari ini dlm sejarah.

Sudah lama rasanya sy tidak masuk ke dlm blog ini..mungkin kerana tujuan blog ini utk asgmnt jadi keinginan utk memasuki blog sudah tidak ada kerana selepas asgmnt selesai. Utk pengetahuan rakan-rakan sy sudah pergi EPRD utk mendapatkan kelulusan dari JPM untuk porposal sy..huhuhu.tunggu kelulusan dan selepas itu sy boleh pergi ke sekolah utk penyelidikan..PRS..miSs u a lot.hahaha.

Thursday, March 26, 2009

PERANAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)


salam dan salam sejahtera..kenapa saya pilih tajuk ini dalam porposal..PRS?

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) boleh membantu untuk meningkatkan lagi keberkesanan program bimbingan di sekolah. Pembimbing Rakan Sebaya merupakan satu tenaga positif untuk membolehkan program bimbingan mencakupi kelompok pelajar-pelajar yang mungkin sukar didampingi oleh guru bimbingan dan kaunseling atau guru-guru lain. PRS ini merupakan khidmat sokongan kepada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

Golongan remaja boleh berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai masalah atau hal yang mengganggu mereka, dengan lebih mudah dan lebih berkesan lagi. Di tiap-tiap sekolah memang wujud sekumpulan kecil pelajar yang tidak boleh menerima dan membina perhubungan dengan orang dewasa dan pihak berkuasa sekolah. Pengaruh rakan sebaya dapat mempengaruhi golongan remaja ini. Oleh itu, dengan latihan dan asuhan yang sesuai, Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah diwujudkan di sekolah. Nama-nama lain yang mempunyai sama konsep dengan PRS ialah Kaunselor Sebaya, Tutor Sebaya, Mentor Sebaya, Buddy, Kakak/Abang Angkat atau Kelompok Sebaya Sokongan.

betapa pentingnya PRS bagi guru kaunseling..huhu.

Kasih Day..

Monday, February 23, 2009

salam & salam sejahtera SEMESTI..

Hai..baru2 ni sy ada pergi program di Sek. Men Sains teluk Intan. Tugas sy menjadi fasilitator..best sgt2 g sana. Enjoy...ni ada gambar utk budak2 SEMESTI..mana berkenan ambil la..huhu.
Ops buat masa ni saya dapat masukkan video je..gambar sukar untuk diuploadkan...
video

Saturday, February 14, 2009

TEKNIK MENGINGAT DENGAN BERKESAN.

Ulangkaji yang berkesan hendaklah dilakukan SEAWAL MUNGKIN. JANGAN MENANGGUH hingga ke saat peperiksaan

#1 # Baca buku atau nota
-Nota yang dibaca jangan terlalu panjang
-Hadkan kepada perkara yang mampu kamu ingat sahaja

#2 #Fahami apa yang dibaca
-Jika tidak faham nota yang dibaca, ulangi hingga faham
-Jika perlu, ulangi hingga beberapa kali

#3 #Tutup mula
-Ingat semula apa yang kamu baca dan faham daripada pembacaan
-Bina soalan tentang perkara yang kamu baca
-Jika tidak ingat dan tidak dapat menjawab soalan yang dibina, buka semula buku dan ulangi pembacaan
-Jika ingat dan dapat menjawab , terus ke Teknik 4

#4#Baca semula nota
- Baca mengikut teknik-teknik di atas sebelum membaca nota seterusnya

* Bagi yg muslim..
*Selawat Untuk Mudah Ingat Dan Payah Lupa

Kaunseling Silang Budaya?

Salam..
Hai, hari ini byk aktiviti yg sy lakukan. Pada waktu pagi tadi sy bersama rakan2 menemuramah dua org pelajar cina berkaitan isu silang budaya. Banyak info yg kami dapat tentang buday dalam kehidupan masyarakat cina. Tentang agama, kepercayaan, tradisi dan macam2 lagi. Ini memudahkan sy memahami masyarat yg kedua terbesar di Malaysia ini. Yang sy ini sentuh di sini bukan budaya cina, tetapi berkenaan isu kaunseling di sekolah. Daripada temu bual tersebut, sy dapat mereka mempunyai pandangan yg sgt positif terhadap bidang kaunseling. Sejak dari bangku sekolah lg mereka terlibat dengan PRS, mengikuti pelbagai program yg bermanafaat. Jadi sy dapat rasakan kejayaan mereka bukan sahaja dari rajin belajar tetapi mempunyai kesedaran terhadap kesihatan mental juga. Jadi tidak hairanlah mengapa mereka mendapat kecemerlangan dalam akademik..

Mm pada waktu malam pula sy pergi ke KAB iaitu salah sebuah kolej di UPSI. Di kolej membuat hari tebuka yg bermula pada semalam lg dan habis pd 22 hb ini. Masa sy pergi tadi sedang berlangsung pertandingan nasyid dan sy juga dapat lihat bukan pelajar Islam shj yg melihat melihat pertandingan tersebut tetapi pelajar non muslim juga ada seperti cina, india dan etnik Sabah danSarawak. Hal ini menunjukkan proses silang budaya juga boleh berlaku pada masa ini, cuma kita shj yg tidak perasan. Ini menunjukkan tanpa kita sedari, kita telah belajar sesuatu budaya tanpa kita sedari.. Jadi jgn malu untuk belajar budaya lain, malahan ia merupakan perkara yg MENARIK!!!

Thursday, February 12, 2009

My new Hoby..( ^_^ )..

Hai..hari ni mudah betul nak add gambar..selalunya punya la payah..jadi byk la gambar yang dapat saya add. Ha..ni gambar tgh belajar nak main gitar..baru je dapat main dua lagu..tu pun kadang dah lupa. Maklumlah, belajar time boring je..sy suka nak belajar pun pasal duk tgk member asyik main..lama nak try.hihi.walaupun sy mudah belajar tapi mudah tapi usaha xberterusan..sebab minat datang pada waktu tertentu sahaja. Jadi payah la nak jadi yang pakar..huhu. Apa2 pun main gitar ni best juga...mula2 pedih juga tangan nak memetiknya..sapa2 nak belajar main gitar boleh masuk blog robin ya..tanya la dia.my sifu..hi3.

"UPSI di Hati"


Mm program bukan dibuat untuk pelajar sahaja tetapi untuk golongan masyarakat juga. Semua orang yang mendapat kebaikan daripada program yang dibuat..Oleh itu marilah kita terus menyokong sesuatu program itu. Wassalam..

HAi..ni gambar masa kami pergi program upsi di hati di bawah program UKLK di Bagan Serai..best. Program ni bertujuan memdedahkan pelajar UPSI dengan masyrakat setempat serta menolong pihak yang tertentu.. Di sini kami bergotong-royong mengecat rumah keluarga yang mendapat sumbangan dalam program ni. Keluarga tersebut yang dikategorikan susah tinggal di rumah PPRT dengan keluarga yang besar. Tambahan pula baru kematian ketua keluarga, sumbangan dari pihak UPSI diharap dapat membantu keluarga tersebut..sambil belajar boleh beramal..

Monday, February 9, 2009

Ujian Etika

Hai..hari ini group B Etika Kaunseling baru diadakan ujian. Mm boleh tahan juga soalan kuiznya..ada yang senang ada yang susah..belajar kaunseling ini bukan sahaj perlu mendalami teori tetapi etika seorang kaunselor juga perlu dipatuhi walaupun jika dilanggar tidak dikenakan tindakan. Tetapi itulah panduan kaunselor dalam melaksanakan tanggungjawab..Bukan dalam kaunseling sahaja ada etika tapi semua perkara memerlukan etika untuk menjadikan kita semua hidup dengan sempurna. Oleh itu, patuhi etika sebagai manusia, jangan melampaui batasnya..

PERGERTIAN KAUNSELING

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Mm sudah dua tiga hari saya tidak masuk di blog ni..banyak perubahan telah berlaku pada blog rakan-rakan saya membuat saya untuk mengubah blog ni juga..Terdapat berbagai info yang mereka letakkan di blog masing-masing..tapi saya masih tak tahu apa yang perlu diletakkan..Jadi saya mengabil keputusan meletak pengertian kaunseling yang telah saya pelajari sepanjang di dalam bidang ni sebagai pembuka blog saya..Jadi sebelum kita mengenal isinya,mari kita fahami apa maksudnya..
Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.

Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.

Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan iaitu:Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.

Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.

Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.

Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.

Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.

Sunday, February 1, 2009

salam & salam sejahtera..

saya baru menceburi bidang membuat blog ini, jadi marilah kita berkongsi-kongsi idea..ok.

Kaunseling Oh.. Kaunseling

Kaunseling Oh.. Kaunseling